Selamat datang ke “Honokuni” Toyohashi
Populasi
| 370,552 orang (2/1/2023)
|
---|
Keluasan
| 262.00km2
|
---|
Bunga Toyohashi
| Azalea (Tsutsuji)
|
---|
Pokok Toyohashi
| Pokok Camphor (Kusunoki)
|
---|
Bandar Toyohashi, terletak di hujung tenggara Wilayah Aichi, bersentuhan dengan Wilayah Shizuoka di timur, Lautan Pasifik di selatan, menghadapi Teluk Mikawa di barat. Ia kaya dengan alam semula jadi dan dikurniakan iklim yang sederhana. Malah, ia mempunyai akses yang baik kerana terletak hampir di tengah-tengah antara Tokyo dan Osaka. Di samping itu, Toyohashi juga memainkan peranan sebagai pintu masuk Semenanjung Atsumi dan daerah timur Mikawa.
Kawasan ini yang dulunya dikenali sebagai “Honokuni”, semasa Pembaharuan Taika, ia bersepadu dengan "Negara Mikawa", pada Era Kamakura namanya bertukar menjadi "Imahashi". Ia telah dinamakan semula sebagai "Yoshida" sejak awal Era Sengoku. Pada Era Edo, sebagai bandar istana, ia menjadi makmur sebagai bandar stesen 53 di jalan Tokaido.
Memasuki Era Meiji, nama Yoshida bertukar kepada Toyohashi, dan pada 1 Ogos 1906 ia telah menjadi bandar raya kedua di bawah Wilayah Aichi. Pada tahun 2006, ia telah dibangunkan sebagai bandar pusat Higashi-Mikawa yang berpenduduk kira-kira 380 ribu orang sempena menyambut Ulang Tahun ke-100 Organisasi Penguatkuasaan Perbandaran itu.
Kawasan yang beriklim sederhana dan kaya dengan sumber air ini juga merupakan salah satu kawasan dari seluruh negara yang berkembang maju dalam sektor pertanian. Ia menyumbang pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan ke seluruh pelusuk negara.
Di samping itu, anda boleh menikmati budaya makanan tradisi, seperti Chikuwa Toyohashi, Nameshi Dengaku, Mikawa Tsukudani, dan Hama Natto. Anda juga boleh mencuba menu tempatan yang baru, iaitu "Udon Kari Toyohashi ".
Sementara itu, berus Toyohashi merupakan kraf tradisional yang dikenali secara meluas sebagai berus mewah. Budaya tradisi seperti Pesta Bunga Api Tangan yang mempunyai sejarah yang diwarisi tanpa henti selama lebih 450 tahun dan Pesta Oni (Syaitan) Toyohashi yang telah diturunkan lebih seribu tahun juga mempunyai peranan dalam sektor pelancongan.
Di samping itu, perkhidmatan trem yang tidak banyak di negara ini popular sebagai kaki penduduk tempatan Toyohashi dan mendapat banyak perhatian sebagai kenderaan mesra alam.