Budaya Makanan Toyohashi

Kawasan pertanian yang terkemuka di Jepun, yang pastinya lazat.
Bandar Toyohashi yang diberkati dengan iklim sederhana dan kaya dengan sumber air ini terkemuka sebagai kerajaan pertanian di negara ini. Tanaman terbuka sayur-sayuran, tanaman hortikultur, ladang buah-buahan, serta pelbagai jenis tanaman seperti padi ditanam dan dihantar ke seluruh negara. Di samping itu, selain pembiakan puyuh yang terbaik di Jepun, penternakan ayam dan tenusu juga giat dijalankan di bandar ini. Khususnya, telur burung puyuh dicelup ke dalam sup mi Soba atau digoreng menjadi bahan makanan yang tidak asing lagi bagi penduduk setempat.
Selain itu, Chikuwa Toyohashi, Nameshi Dengaku, Hama Natto, Mikawa Tsukudani juga antara makanan Toyohashi lama dalam budaya makanan yang unik yang bertahan lebih daripada 100 tahun.
Di samping itu, Toyohashi juga merupakan bandar udon. Terdapat kedai udon yang telah beroperasi lebih dari 100 tahun, dalam usaha menyampaikan kesedapan rasa udon, satu menu baru yang dinamakan Udon Kari Toyohashi telah diillhamkan dan mula dijual pada April 2010. Jualannya mencapai satu juta selepas 4 tahun 11 bulan ianya mula dijual, membuktikan menu tersebut mempunyai kekuatannya tersendiri dalam mendapat tempat sebagai gourmet tempatan Toyohashi.






Ke bahagian atas halaman