Pesta Oni yang disambut pada 10 dan 11 Febuari setiap tahun, merupakan perayaan Akumikanbe Shinmei-sha yang telah diturunkan dari zaman dahulu sebagai perayaan untuk memberitahu kedatangan musim bunga untuk wilayah Higashi-Mikawa. Cerita mitos semasa permulaan negara Jepun terbentuk yang dimasukkan ke dalam Dengaku, yang merupakan satu upacara ritual. Setiap pergerakan di dalam Dengaku mempunyai ceritanya tersendiri. Dengaku yang popular dari Era Heian hingga ke Era Kamakura telah diwarisi tanpa menjejaskan gaya lamanya. Pesta yang amat bernilai ini telah ditetapkan sebagai aset kebudayaan penting rakyat tidak ketara (Important Intangible Folk Cultural Properties).
Acara (Acah Mengacah antara Oni Merah dan Tengu) merupakan acara kemuncak bagi pesta ini yang diadakan pada 11 haribulan. Tengu yang mewakili dewa seni pertahanan cuba untuk menghukum Oni Merah yang mewakili dewa kerosakan yang melakukan pelbagai onar. Oni Merah berulang kali cuba melawan tetapi tidak dapat menandingi Tengu. Menyedari kesalahannya, Oni Merah menghadiahkan kek beras putih dan serbuk bijirin kepada penduduk kampung untuk mengusir kejahatan dan dosa yang telah dilakukannya. Dari kek beras ini adalah asalnya gula-gula Tankiri. Oni Merah menabur gula-gula Tankiri dan serbuk gandum di hadapan kuil sambil menjerit (A-K-A-I) dan keluar dari kawasan kuil Shinmeisha dan berjalan di sekitar bandar. Dikatakan bahawa sesiapa yang memakan gula-gula Tankiri ini akan mendapat nasib yang baik dan tidak akan jatuh sakit pada musim panas.