Tokong Yoshida
Pelancongan | Tempat tumpuan pelancong | Tokong dan kuilTokong lama yang telah dipanggil dengan nama Tennousha, Gozutennou dan Yoshidatennou-sha yang mendewakan Susanoo-no-Mikoto pada suatu masa dahulu, telah menerima pemujaan dari kebanyakan panglima perang.
Antaranya, Minamoto-no-Yoritomo menyembah secara mendalam. Oleh itu, Mikoshitogyo (pemindahan tokong kecil) yang dilakonkan semula sebagai perarakan Tuan Yoritomo menjadi Pesta Tennou. Ini merupakan titik permulaan Pesta Gion Toyohashi.
Yang menjadi terkenal pada malam pesta utama Mikoshitogyo ini adalah persembahan bunga api yang menggunakan serbuk belerang hitam yang mana kegunaannya hanya dibenarkan di sesetengah tempat pada Era Edo.
Menurut kesusasteraan yang ditinggalkan di tokong ini, ia bermula pada 1558 apabila Ohara Bizen No Kami, yang merupakan seorang penjaga istana, Istana Yoshida Imagawa Yoshimoto, mendedikasikannya kepada Tokong Yoshida, dan ini adalah sebab kenapa ianya dipanggil sebagai tempat kelahiran bunga api tangan.
Malah, persembahan bunga api yang unik seperti ini tidak dapat dilihat di tempat lain.
Seseorang pemuda perlu mengambil kelas khas dan mendapat kelayakan khas untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pelancaran bunga api bersama pedagang bunga api yang mahir. Usaha untuk meneruskan warisan bunga api tradisi ini terus digiatkan.
Persembahan bunga api tangan diadakan pada hari Jumaat ke-3 bulan Julai dan pada hari Sabtu ke-3, persembahan bunga api akan diadakan di tebing Sungai Toyokawa.
Selain itu, perarakan Yorimoto juga diadakan pada hari Ahad ke-3.
Persatuan Sokongan Pesta Gion Toyohashi http://www.toyohashigion.org/
Tempat jualan | 2 Sekiyacho, Toyohashi-shi |
---|---|
Pertanyaan | TEL 0532-52-2553 |
Waktu boleh guna | Bebas dalam kawasan |
Hari cuti (tutup) | Tiada |
Bayaran penggunaan | Percuma |
Kemudahan pengangkutan | Turun trem di “Shiyakusho-mae” dan 5 minit berjalan kaki |
Tempat letak kereta | Tempat letak kereta boleh didapati |
Laman rasmi | http://toyohashi-yoshida.com/ |
Tempat tumpuan pelancong | Muzium dan kemudahan
Tempat tumpuan pelancong | Sejarah
Tempat tumpuan pelancong | Sejarah
Tempat tumpuan pelancong | Tokong dan kuil
Tempat tumpuan pelancong | Muzium dan kemudahan
Tempat tumpuan pelancong | Muzium dan kemudahan
Tempat tumpuan pelancong | Tokong dan kuil
Tempat tumpuan pelancong | Tokong dan kuil
Tempat tumpuan pelancong | Muzium dan kemudahan
Hotel | Hotel perniagaan